Wednesday, June 18, 2008

Cantik...

Cantik...masihkah hanya di wajah?

Wanita sinonim dengan perkataan cantik. Semua wanita ingin cantik. Tetapi definisi cantik adalah berbeza bagi setiap orang. Setiap individu mempunyai pandangan yang tersendiri tentang cantik. Seseorang akan tampil cantik sekiranya mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Namun ramai yang berpandangan bahawa cantik dalam erti kata sebenar bukan hanya sekadar kecantikan fizikal tetapi juga kecantikan dalaman. Sesetengahnya berpendapat bahawa kecantikan adalah aset utama untuk berjaya dalam bidang kerjaya. Sejauh mana kebenarannya, ikuti pandangan ahli psikologi, perundingi mej dan pendapat orang ramai. Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Dr. Mariani Md Noh, cantik merupakan sesuatu perkara yang subjektif.
Ini kerana setiap manusia adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Oleh itu, cantik harus dilihat dari pelbagai sudut bukan hanya melihat paras rupa sahaja. Kata Dr. Mariani lagi, sekiranya cantik dijadikan alasan untuk meningkatkan diri seseorang wanita, itu adalah perlu sebagai pendorong seseorang wanita untuk tampil dengan lebih yakin tetapi memadai tampil dengan gaya sedap mata memandang sahaja. Tidak perlu mengenakan solekan yang tebal untuk yakinkan diri berhadapan dengan kerjaya mahupun orang ramai. Ada pula yang berpendapat kencantikan sebenarnya bergantung kepada diri sendiri seseorang wanita. Sejauh manakah benarnya pendapat ini?

0 comments: