Wednesday, June 18, 2008

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

Bertudung sering menjadi alasan anda mengabaikankecantikan rambut. Mungkin rambut yang tersorok tiadasiapa mampu melihat kecantikannya, tetapi jika cantik dan segar, hati tentu puas membelainya. Ia juga menunjukkan anda sihat dan yakin pada diri sendiri.

Masalah seperti kegatalan kulit kepala, rambut berbaudan yang lebih serius berkelemumur sering dialamianda yang bertudung. Selain itu, jika tidak dijaga denganbetul rambut juga akan menjadi cepat kering, rosak, kusam dan mudah putus.


PUNCA RAMBUT ROSAK

1. TEKANAN
Kebanyakan rambut rosak disebabkan oleh tekanan atau stress. Tekanan menyebabkan akar rambut menjadi rosak. Jika kuantiti rambut yang rosak dalam lingkungan 100hingga 150 helai sehari masih dianggap normal.

2. TRAUMA
Trauma terjadi akibat daripada rambut mendapat rangsangan yang sangat kuat seperti direntap dengan kuat, ditarik, ditekan, atau terkena suhu yang sangat panas.

3. UBAT
Ubat yang mengandungi zat kolagen atau pil pencegah kehamilan akan mempengaruhi kesuburan rambut dan menyebabkan rosak.

4. HORMON
Ketidakseimbangan hormon dan metabolisme tubuh turut mempengaruhi faktor kesuburan rambut.

5. KELEMUMUR
Kelemumur melemahkan akar rambut dan membuatkan rambut mudah rosak.

6. CUACA PANAS
Kerap berada di bawah terik matahari atau terpaksa menjalani rawatan kemoterapi juga akan menyebabkan rambut rosak. Rambut masih boleh tumbuh dengan adanya perawatan yang intensif bagi anda yang berumur 45 tahun ke bawah.

Cantik...

Cantik...masihkah hanya di wajah?

Wanita sinonim dengan perkataan cantik. Semua wanita ingin cantik. Tetapi definisi cantik adalah berbeza bagi setiap orang. Setiap individu mempunyai pandangan yang tersendiri tentang cantik. Seseorang akan tampil cantik sekiranya mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Namun ramai yang berpandangan bahawa cantik dalam erti kata sebenar bukan hanya sekadar kecantikan fizikal tetapi juga kecantikan dalaman. Sesetengahnya berpendapat bahawa kecantikan adalah aset utama untuk berjaya dalam bidang kerjaya. Sejauh mana kebenarannya, ikuti pandangan ahli psikologi, perundingi mej dan pendapat orang ramai. Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Dr. Mariani Md Noh, cantik merupakan sesuatu perkara yang subjektif.
Ini kerana setiap manusia adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Oleh itu, cantik harus dilihat dari pelbagai sudut bukan hanya melihat paras rupa sahaja. Kata Dr. Mariani lagi, sekiranya cantik dijadikan alasan untuk meningkatkan diri seseorang wanita, itu adalah perlu sebagai pendorong seseorang wanita untuk tampil dengan lebih yakin tetapi memadai tampil dengan gaya sedap mata memandang sahaja. Tidak perlu mengenakan solekan yang tebal untuk yakinkan diri berhadapan dengan kerjaya mahupun orang ramai. Ada pula yang berpendapat kencantikan sebenarnya bergantung kepada diri sendiri seseorang wanita. Sejauh manakah benarnya pendapat ini?